Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pekerja Kilang Curi Barangan...

BALIK PULAU - Seorang pekerja kilang bertindak mencuri 11 barangan kosmetik di sebuah...

Donut Berharga RM380 Ini...

MEMBAYAR RM380 (USD$100) hanya semata-mata untuk sebiji donut memang kedengaran tidak masuk akal!Namun,...

Subvarian BA.5 Punca Kes...

KUALA LUMPUR : Kenaikan jangkitan virus di negara ini adalah datangnya daripada subvarian...

Kos Amah RM15,000, Kedutaan...

PETALING JAYA : Pendedahan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA),...

Eskalator Raja Salman Dibawa Khas Dari Saudi

SEPANG – Lawatan julung kali Raja Salman Abdulaziz al-Saud ke Malaysia bermula Ahad bukan sahaja mencuri tumpuan, malah gaya kedatangan baginda juga tidak kurang menarik perhatian.

Antara diperkatakan pelbagai pihak ialah tangga bergerak mudah alih yang digunakan Raja Arab Saudi itu apabila ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang disiarkan secara langsung menerusi stesen TV1 RTM.

Berbanding pemimpin negara lain yang terpaksa bersusah payah turun sendiri dengan kudrat dua kaki, Raja Salman sebaliknya hanya berdiri di pintu pesawat rasmi baginda sebelum dibawa turun automatik oleh eskalator tersebut.

Penampilan unik pemerintah ketujuh dan penjaga dua tanah haram kota suci umat Islam itu membuktikan tahap kekayaan baginda yang amat luar biasa kerana memiliki jentera khas tersebut yang dibawa khas dari Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar berpengaruh Indonesia, KOMPAS, tangga elektronik itu merupakan antara barangan kargo baginda yang didatangkan terus dari Riyadh dan akan tiba awal di mana-mana negara yang dilawati raja tersebut.

Eskalator Raja Salman Dibawa Khas Dari Saudi

Eskalator Raja Salman Dibawa Khas Dari Saudi


Ia dibawa menerusi pesawat kargo saiz superjumbo milik Saudi Arabian Airlines dengan kawalan keselamatan cukup ketat bersama-sama dengan puluhan kenderaan rasmi dan pelbagai barangan anggota rombongan baginda.

Dianggarkan untuk mengangkut semua barangan itu, ia lazimnya dihantar menerusi pesawat Boeing jenis B747-400, B747 Freighter, B777, B757 dan B737-800 dengan melibatkan sedozen penerbangan oleh syarikat tersebut.

Eskalator khas itu sebetulnya digunakan Raja Salman bukan sahaja atas faktor kesihatan, malah keselesaan dan ia telah digunakan baginda sejak ditabalkan menggantikan kakandanya, almahrhum Raja Abdullah pada 2015 lalu.

Bagaimanapun, tidak diketahui berapakah harga sebenar tangga tersebut kerana ia memang direka atas permintaan pelanggan sendiri dan kos tentulah lebih mahal berbanding tangga statik yang lazim dilihat di lapangan terbang.

Bayangkanlah, tangga bergerak itu sahaja sudah menggambarkan tahap kehebatan pemerintah negara terbesar di rantau Asia Barat itu yang cukup disegani pemimpin negara lain waima kuasa besar dunia. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori