Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Skil Mekap Gadis 17...

MEMANG ngeri dan menakutkan! Nampak macam 'real' kan solekan mekap ni! Jangan tak tahu...

PAC Bakal Panggil Najib...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menyenaraikan bekas Perdana Menteri...

Undang-Undang Khas Banteras Kongsi...

KUALA LUMPUR - Undang-Undang khas yang setara dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)...

Ramai Tampil Cerita Kisah...

Sudah banyak ditulis tentang keluarga bekas datin dan permintaan serta helah melampaunya dalam...

Exco Perak Selar DAP Persoal MB Perak Kutip Sampah

IPOH – Kenyataan Nga Kor Ming yang mempertikai tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengutip sampah menunjukkan Pengerusi DAP Perak itu miskin idea

Demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan kenyataan Kor Ming juga mencerminkan DAP Perak tergugat dengan pendekatan kerajaan negeri dalam usaha mendekati rakyat secara telus.

“Saya cukup ‘bersimpati’ dengan Nga. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Menteri Besar merupakan prinsip ‘3P’ yang sering diamalkannya iaitu pendekatan, turun padang dan penyelesaian.

“Ini bukannya kali pertama Menteri Besar bertindak sebegitu, jadi mengapa Nga mula tidak senang duduk dan mengeluarkan komen sebegitu,” kata Mohammad Zahir lagi.

Beliau mengulas dakwaan Kor Ming yang menyifatkan tindakan Zambry ‘mengutip sampah’ bertujuan mencari publisiti murahan dengan membawa jurukamera dan pengamal media.

Baca: MB Perak Sertai MBI Kutip Sampah Awal Pagi

zambry-sampahmbi1

Semalam, Zambry menyertai kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bermula 6.30 hingga 9 pagi di sekitar bandar raya Ipoh.

Zambry yang mengenakan topi dan pakaian seperti pekerja perkhidmatan am MBI telah menaiki lori sampah dan mengutip sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Buntong, Little India dan Pasar Besar Ipoh.


Sementara itu, Mohammad Zahir berkata dakwaan Kor Ming yang mengatakan konon Perak negeri kedua termiskin di negara ini membuktikan tahap kelekaan Anggota Parlimen Taiping tersebut terhadap perkembangan semasa negeri.

Memetik laporan yang dikeluarkan Ogos lalu, beliau berkata bagi tempoh 2012 hingga 2015, Perak mencatatkan kadar purata pertumbuhan ekonomi 7.7 peratus iaitu lebih tinggi berbanding kadar purata nasional pada 3.3 peratus.

“Malah, dari segi peratusan miskin dan miskin tegar, Perak mempunyai kadar kemiskinan sebanyak 3.29 peratus sahaja serta ini lebih baik berbanding Pulau Pinang dan Selangor.

“Peratusan miskin tegar di negeri ini juga hanya 0.74 peratus dan ini juga jauh lebih baik daripada kedua-dua negeri itu sendiri,” katanya.

Justeru kata Mohammad Zahir, tindakan Kor Ming membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta adalah satu tindakan terdesak. – BERNAMA

Kategori