Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kumon: Tahun Awal Penting...

KUALA LUMPUR – Kumon Malaysia menyambut ulang tahun ke-60 dengan Sidang Kemuncak Pengajar...

Dua Rakan Temui Tengkorak...

MELAKA: Satu tengkorak dan tulang dipercayai milik manusia ditemui berhampiran sebuah bangunan di...

Dari Gadis Jongos, Wajah...

DARIPADA seorang wanita yang langsung tidak yakin untuk mengambil gambar selfie, kini Lin...

Terbaru! Apple Perkenal iPhone...

BERITA baik buat pengemar warna merah saga kerana iPhone 7 dan iPhone 7...

UPSI Cawangan Teluk Intan Mula Dibina Julai Ini

TELUK INTAN – Kerja-kerja pembersihan tapak membina sebuah kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini telah selesai dan akan memasuki fasa pembinaan yang dijangka bermula Julai ini, kata Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata kerja-kerja pembersihan tapak itu bermula awal Mac 2016 membabitkan seluas 17 hektar daripada keseluruhan 32 hektar bagi fasa pertama di Batu 4 di Changkat Jong.

“Kita jangkakan infrastruktur dan kerja pembinaan bangunan itu dijangka siap pada awal 2019,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah seorang warga emas berusia 100 tahun dengan diiringi Kaunselor Menteri Kedutaan China ke Malaysia, Ma Jia di Jalan Woo Saik Hong di sini petang ini.

Semasa pilihan raya kecil kawasan Parlimen Teluk Intan pada 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan cawangan UPSI di Teluk Intan.


Difahamkan pembinaan Kampus UPSI Cawangan Teluk Intan akan menempatkan Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV) dengan 1,000 orang pelajar. – BERNAMA

Kategori