SEORANG gadis dari Australia menjadi sensasi di laman media sosial selepas foto-fotonya bergambar dengan beberapa jenis haiwan liar tular di laman sesawang.
Sarah Kohan dari yang berasal dari Sydney merupakan siswi jurusan undang-undang dan baru sahaja menamatkan kursus pertukaran pelajar Australia- Amerika Syarikat di Universiti Harvard dan Universiti Columbia.
Kohan bukan sahaja bijak malah dia juga memiliki bentuk badan yang cantik dan seksi selain mempunyai minat yang mendalam terhadap alam semula jadi.
Sering berkongsi foto-fotonya bersama haiwan liar telah menjadikan gadis ini popular dan menerima lebih 245,000 pengikut di laman sosial peribadinya.
Menurut sebuah laman antarabangsa, populariti yang diraih Kohan bukan disebabkan oleh kecantikan yang dimilikinya namun netizen lebih tertarik kepada dirinya yang tampil bersahaja ketika bergambar dengan haiwan liar.
Malah difahamkan, gadis berusia 22 tahun ini juga gemar menghabiskan masa cutinya mengembara ke lokasi eksotik seperti Bora Bora, Cook Islands, Hawaii, Bahamas dan sebahagian negara Eropah dan Amerika Selatan.
Disebabkan popularitinya itu, beberapa hotel terkenal seperti Four Season, Maui dan Ritz Carlton di Laguna menawarkan kolaberasi dengannya dan sanggup membayar penginapannya sebagai pertukaran untuk publisiti.
Jelas Kohan, jika dahulu segala perbelanjaannya ke tempat eksotik itu dibiaya sendiri, kini tidak lagi apabila separuh daripada perbelanjaan percutiannya kini disponsor oleh hotel-hotel terkemuka tersebut. – MYNEWSHUB.CC