Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Koronavirus: Presiden China Beri...

BEIJING - Presiden China, Xi Jinping semalam mengarahkan respons lebih cepat terhadap krisis...

50 Pelajar Sekolah Putrajaya...

PUTRAJAYA - Seramai 50 murid daripada keluarga B40 dan pelajar di 24 sekolah...

Sering Melakukan Kesilapan Punca...

ALOR SETAR- Gagal menyempurnakan peluang yang ada dan sering melakukan kesilapan antara sebab...

EU Benarkan Novavax Sebagai...

BRUSSELS : Suruhanjaya Eropah membenarkan vaksin keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS), Novavax sebagai...

Fujifilm Sasar Ganda Perolehan Dalam Lima Tahun

SHAH ALAM – Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menyasar untuk menggandakan perolehannya daripada RM250 juta pada 2016 kepada RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Pengarah Urusan Yoshitaka Nakamura.

Beliau berkata permintaan bagi pengimejan foto komprehensif, seni grafik dan penyelesaian pengimejan perubatan akan memacu Fujifilm ke arah mencapai sasaran berkenaan.

Pusat perkhidmatannya bernilai RM8 juta yang baru dilancarkan di Shah Alam, yang menampilkan pelbagai perkhidmatan dan keupayaan untuk memenuhi pasaran juga akan menyumbang kepada sasaran berkenaan.

“Kami yakin pusat perkhidmatan berkenaan akan dapat memenuhi kepuasan pelanggan dalam aspek sokongan teknikal dan perundingan perniagaan terutamanya dengan teknologi terkini kami.

“Kami yakin kepuasan pelanggan akan membawa pertumbuhan kukuh kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat berkenaan di sini hari ini.

Nakamura berkata kemudahan berkeluasan 4,500 kami persegi itu dijangka meningkatkan kepakaran, produktiviti, kualiti dan ketepatan masa pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.


Pusat tersebut merupakan yang pertama di rantau ini yang membolehkan pelanggan menguji produknya yang berteknologi canggih.

Nakamura berkata, pusat perkhidmatan itu juga menyediakan bilik pameran sistem perubatan Fujifilm bernilai RM4 juta, menampilkan teknologi pengimejan maju dan aliran kerja mesra pengguna bagi memenuhi permintaan perubatan semasa.

“Pada masa ini, hanya beberapa hospital didigitalkan dan kami melihat potensi besar dalam melengkapkan hospital yang dikendalikan oleh kerajaan dan swasta dengan teknologi pengimejan perubatan kami.

“Bilik pameran perubatan membolehkan doktor dan juru x-ray menjalankan prosedur simulasi menggunakan pengimejan diagnostik Fujifilm dan sistem maklumat daripada mamografi 3D (tomosintesis), endoskopi dua belon dan pengimejan perubatan serta sistem pengurusan maklumat,” katanya. – BERNAMA

Kategori