Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pen. Pegawai Keselamatan JPM...

KUALA LUMPUR - Seorang Penolong Pegawai Keselamatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Jabatan...

Institusi Pondok Perlu Berdaftar...

PASIR PUTEH - Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan Majlis Agama Islam...

Pakaian Seksi Itu Ezzaty...

PELAKON Ezzaty Abdullah memberitahu dia terpaksa berpakaian seksi bagi membawakan watak 'ibu ayam'...

Tok Mat Bayangkan Pertahan...

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan mempertahan...

Gelandangan Ibu Kota Terima Bungkusan Makanan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 gelandangan di sekitar ibu kota menerima bungkusan makanan hari ini sempena program Santuni Gelandangan anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan.

Sumbangan tersebut yang diadakan di Masjid Jamek ditaja oleh Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dan Bank Muamalat sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pengarah Nouvelle Beauty Centre, Erni Rineelanawati Buhari berkata sumbangan tersebut atas adalah dasar keprihatinannya terhadap kesusahan golongan gelandangan yang perlu meneruskan hidup di kota metropolitan yang serba mencabar.

“Apabila saya melihat wajah mereka tersenyum ketika menerima makanan, hati saya berasa begitu tenang dan saya gembira dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka,” katanya kepada pemberita.


Beliau berkata perkara itu dilakukan sebagai menyambung usaha ibunya Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang ketika hayatnya sering terlibat dalam program amal kebajikan.

“Kami akan teruskan inisiatif seperti ini pada masa akan datang dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti gelandangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori