BUKAN sahaja pelik tetapi menyusahkan ramai. Kejadian yang menimpa Ashley Glawe ini telah mengejutkan ramai di sebuah hospital.
Apa tidaknya, dia terpaksa mendapatkan rawatan di unit kecemasan di hospital di Portland selepas ular peliharaannya tersangkut pada lubang yang ditebuk di cuping telinganya. Ular itu tidak boleh meloloskan diri.
Reptila berkenaan pula bukannya mati sebaliknya masih hidup. Ketika kejadian, Ashley sedang bermain dengan ularnya yang dinamakan sebagai Bart dan kemudiannya ular itu tiba-tiba masuk ke dalam lubang di cuping telinganya itu.
Disebabkan separuh badan Bart tersangkut di telinga Ashley, dia tiada pilihan kecuali terpaksa ke hospital.
“Salah satu momen gila dalam hidup. Terpaksa ke unit kecemasan disebabkan ular tersangkut di lubang telinga.
“Ia berlaku dengan pantas,” katanya yang sempat merakamkan gambar telinganya itu ketika menunggu rawatan di hospital.
Nasib baik ular itu berjaya dikeluarkan. – MYNEWSHUB.CC