Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPM Muar Rampas Bubu...

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas tujuh bubu kambam tanpa...

Dira Abu Zahar Umum...

PELAKON dan pengarah terkenal, Dira Abu Zahar menerusi laman Twitternya baru-baru ini memberitahu...

Lebih 65,000 Orang Mengidap...

HULU TERENGGANU - Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2011 melaporkan...

Kemenangan MCA Muafakat Semua...

KUALA LUMPUR - MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil...

Manusia Paling Gemuk Di Dunia Bersedia Dibedah

MANUSIA paling gemuk di dunia, Eman Ahmed Abd El Aty, 38, yang tidak pernah keluar rumah sejak 25 tahun lalu, kini berpeluang untuk mengubah kehidupannya apabila dia diterbangkan ke Mumbai, India dari Mesir bagi menjalani pembedahan.

Eman mempunyai berat badan kira-kira 500kg.

Namun disebabkan berat badannya yang berlebihan itu, Eman terpaksa menaiki sebuah pesawat Airbus yang diubahsuai. Dua orang doktor serta adiknya turut mengiringi Eman dalam perjalanan sejauh lima jam itu.

Mujurlah tiada perkara buruk berlaku sepanjang perjalanan terbabit.

Manusia Gemuk Di Dunia Bersedia Untuk Dibedah

Persediaan untuk menaiki penerbangan berkenaan telah dijalankan 10 hari sebelum dia diterbangkan ke Mumbai oleh para doktor bagi memastikan keselesaan wanita paling gemuk itu.

Dia akan menjalani pembedahan di Hospital Saifee. Sebaik tiba, sebuah kren digunakan untuk mengangkat katilnya dan hospital terbabit juga mempunyai kemudahan khas seperti pintu yang luas serta katil yang direka khas untuknya.


Eman mula menjadi gemuk sejak kanak-kanak dan keadaan itu juga menjadikan dia terlantar di atas katil sahaja.

Eman turut mengalami strok, kencing manis, tekanan darah tinggi serta sukar tidur. Di Mumbai, Eman akan menjalani pembedahan pintasan gastrik.

Namun sebelum itu, ujian akan dijalankan selama beberapa bulan bagi mengetahui punca berat badannya meningkat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori