Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PANAS!! Pekerja Asing Cameron...

Dalam satu pendedahan sensasi, ada perkhabaran mendakwa, perkhidmatan seks ditawarkan buat pekerja asing...

Azmil Mustapha Bawa Anak...

PETALING JAYA - Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke...

Hati-Hati Keluar Kenyataan Tentang...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof...

Australia Yakin Cari Di...

PERDANA Menteri Australia Tony Abbott menyatakan keyakinan negara tersebut bahawa misi pencarian pesawat...

Gusar Anak Dicap Pembunuh – Ibu Siti Aisyah

WAJAH Siti Aisyah yang terpampang di media cetak dan elektronik seluruh dunia sebagai suspek pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara menyebabkan ibunya semakin gusar.

Bercakap kepad The Sunday Times pada Sabtu di kediamannya di Serang, Benah berkata, dia percaya anak perempuannya tidak bersalah dan berharap kerajaan Indonesia dapat membantu anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Dia bukan seorang yang boleh lalukan seperti mana yang didakwa itu,” kata Benah, 50 dengan suara terketar-ketar menahan emosinya.

Pada Sabtu, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menghantar permohonan kepada rakan sejawatnya, Datuk Seri Anifah Aman untuk mendapatkan akses kepada Siti Aisyah, 25 supaya kakitangan kedutaan dapat memaklumkan haknya daripada segi undang-undang.

 Serang, sebuah pekan kecil di wilayah Banten, kira-kira dua ke tiga jam perjalanan menggunakan kereta dari bandaraya ini.

Isnin lalu, Jong-nam dibunuh dipercayai menggunakan racun di Klia2.

Setakat ini, empat suspek ditahan berhubung kes itu, termasuk Siti Aisyah dan seorang lagi wanita, serta dua lelaki.

Teman lelakinya yang juga rakyat Malaysia, Muhammad Farid Jalaluddin, 26, dan rakyat Korea Utara, Ri Jong Chol, 46, juga ditahan.

Seorang lagi wanita, Doan Thi Huong, 29, seorang rakyat Vietnam ditahan semasa menunggu penerbangan untuk pulang ke tanahairnya.

Menurut Benah, dia tidak mengenali Doan dan dua lelaki yang ditahan itu kerana setakat ini hanya mengetahui Siti Aisyah bekerja sebagai pembantu jualan di kedai pakaian di Batam.

Dia menambah, anaknya yang kadang kala mengirim kira-kira 500,000 rupiah (RM166) kepadanya juga boleh berbahasa Korea dan Inggeris.


Sebelum ke Batam, Siti Aisyah menetap di Tambora dan bekerja di kilang milik mertuanya semasa berkahwin dengan Gunawan Hasyim.

Pasangan itu bercerai pada 2012 dan anak mereka yang berusia tujuh tahun, Rio kini menetap bersama datuk dan neneknya di Tambora.

Sementara itu, ibu Gunawan, Lian Kiong memberitahu Detik news, Siti Aisyah melawat Rio pada awal tahun ini.

“Kali terakhir Siti Aisyah datang pada 28 Januari lalu, dia bermalam di sini bersama anaknya,” katanya.

Menurut laporan ABC News pada Sabtu, Siti Aisyah meminta ibunya berdoa untuknya sebelum ke Malaysia.

“Ada seseorang mengajaknya menyertai produksi televisyen untuk mengusik orang Malaysia, tetapi hati saya tidak tenang apabila memikirkannya,” kata Benah. – mStar Online

Kategori