Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

DPPM Dakwa Subsidi Minyak...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa kerajaan sebenarnya tidak mengeluarkan...

Cantik Di Luar, Organ...

MELALUI perkongsiannya di Facebook, Dr. Rafidah Abdullah menceritakan bahaya apabila terlalu mengejar cantik...

346 Polis Antara 804...

KUALA LUMPUR : Seramai 346 pegawai dan anggota polis adalah antara 804 penjawat...

Penduduk Maut Tertimbus Ketika...

BALI - Seramai 12 penduduk termasuk tiga kanak-kanak terbunuh akibat tertimbus dalam kejadian...

Hajat Bapa OKU Bertemu Anak Tak Kesampaian

HAJAT seorang bapa kurang upaya (OKU) yang mahu bertemu dengan anak cucunya tidak kesampaian selepas maut dilanggar komuter di Stesen Komuter Kampung Datuk Harun, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Abdul Rahim Osman, 75, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kaki kanan mangsa putus.

Menurut seorang sumber, mangsa dikatakan dari Seremban datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak cucunya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan menerima laporan kejadian itu dari polis bantuan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa dari landasan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan,” katanya kepada Harian Metro.

Al-Fatihah buat mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori