Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Arwah Abah Dah Pesan...

SINIS... Adik perempuan Datuk Seri Azmin Ali menyindir abangnya yang konon sering melaungkan...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

JOHOR BAHRU – Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum...

Nikon Lancar Tiga Kamera...

LAS VEGAS - Pengeluar kamera Jepun, Nikon Corporation, hari ini melancarkan tiga kamera...

Pendekatan Mungkin Diubah Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan mengubah program dan aktiviti yang dilaksana di...

Halang Ambulans: Pemandu Beri Alasan Tidak Perasan

PEMANDU Perodua Myvi yang pernah menjadi tular di media sosial kerana menghalang laluan sebuah ambulans di lorong kecemasan akhirnya menyerah diri petang semalam di Shah Alam.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pemandu berusia 58 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 7 malam Rabu dan diambil keterangan.

Menurutnya, lelaki itu memberi alasan tidak sedar belakang keretanya ada ambulans dan terpaksa menggunakan laluan kecemasan di Lebuhraya Persekutuan kerana mahu mengambil ubat di dalam teksinya yang rosak di Glenmarie, Shah Alam.

Jelasnya, pemandu tersebut mengaku hanya menyedari kehadiran ambulans melalui cermin belakang dan cuba memberi laluan tetapi tidak sempat.

“Dia menyatakan mempunyai sakit jantung dan kencing manis serta perlu mendapatkan ubat selepas tidak mengambil ubat lebih 24 jam.

“Keterangan pemandu sudah diambil dan surat saman dikeluarkan ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan.


Baca: Polis Cari Pemandu Myvi Halang Laluan Kecemasan

Tindakan pemandu tersebut yang menghalang laluan ambulans berjaya dirakam dan menjadi tular menerusi media sosial sejak enam hari lalu.

Dalam kejadian tersebut, pemandu Myvi yang tidak bertanggung jawab itu dilihat masuk ke lorong pertama sebelum kembali ke lorong kecemasan secara mengejut menyebabkan kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori