Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Serius Atasi Isu...

KUALA LUMPUR - Malaysia bukan saja bercadang mengadakan sidang kemuncak mini ASEAN bagi...

SPRM Siasat Isu Tender...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender...

GAMBAR: Kenali Peserta Ratu...

Pertandingan ratu cantik selalunya disertai oleh kaum wanita 'sejati' sahaja namun, ada sebuah...

SKMM Sekat 51 Laman...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 51 laman web...

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

SELEPASĀ beberapa kali kecundang dalam percintaan, akhirnya pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson.

Hans, 46, dan Gabriella, 28, bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan di Gereja St John’s Cathedral, Kuala Lumpur.

Pasangan itu telah bertunang semasa percutian mereka di Singapura pada 29 Januari lalu.

Hans, mengumumkan berita gembira itu pada satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Selasa.

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

Menurut Hans, dia terpikat kepada kesederhanaan Gabriella atau lebih selesa dipanggil Gabby ini.

“Gabby merupakan seorang wanita yang simple dan sangat merendah diri.

“Saya pernah lihat dia bercakap dengan orang-orang yang berpangkat tinggi dan caranya melayan orang lain seperti pemandu saya sendiri pun, masih sama,” kata Hans.


Pasangan ini mula menjalinkan hubungan serius sejak tahun lalu.

Mereka bertemu buat kali pertama semasa Hans menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 dan menurut Gabby, pada awalnya dia kurang suka pada Hans!

“Sebenarnya dulu dia selalu buat saya menangis dengan kritikan pedasnya.

“Sebagai contoh, pada satu cabaran di mana saya dan seorang lagi peserta perlu bergambar bersama burung kakak tua, Hans berkata burung itu lebih menarik dripada saya,” cerita Gabby yang cantik dan tinggi lampai ini.

Pasangan ini juga berkata mereka tidak sabar untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan mendapat zuriat bersama. – MYNEWSHUB.CCĀ 

Kategori