Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PKR Tiada Masalah Azmin...

KUCHING - Kehadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada program...

PAS Umum Bertanding 10...

KUALA LUMPUR - PAS Sarawak tidak menolak kemungkinan akan bertanding di 10 kerusi...

TMJ Beri Bayangan Bertanding...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan...

3 Mangsa Kebakaran Pusat...

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar pusat tahfiz di sini yang menerima rawatan di...

Henti Beri Lesen Balak Jika Berlaku Penerokaan Hutan

MANJUNG – Kerajaan negeri digesa agar menghentikan pemberian lesen pembalakan selama setahun atau dua tahun sekiranya berlaku peneroka hutan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata aktiviti pembalakan perlu dihentikan serta merta bagi memulihara hutan dan mengelak berlakunya banjir besar.

“Sesebuah negeri tidak akan kekurangan sumber pendapatan jika menghentikan aktiviti pembalakan, sebaliknya usaha tersebut dapat memberi kelebihan dengan memelihara hutan dan alam sekitar.

“Saya nak tanya untuk apa lesen balak dikeluarkan, tidak cukup lagikah dengan apa yang sudah ada. Adakah akan jadi miskin dan papa kedana negeri itu kalau tak bagi lesen balak.

“Kalau alasan nanti akan hilang pekerjaan (henti lesen balak), adakah mereka sedar hutan pula akan rosak,” katanya kepada Bernama selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di sini.

Shahidan meminta semua kerajaan negeri agar mencontohi Sarawak semasa diterajui Allahyarham Adenan Satem yang mengharamkan aktiviti pembalakan 100 peratus sebagai usaha memulihkan semula hutan yang telah rosak.


Dalam pada itu, beliau menyarankan agar setiap kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram dan pihaknya sedia membantu melaksanakan aspek penguatkuasaan.

“Bagi peluang untuk kami ambil tindakan kepada peneroka hutan tidak kira besar atau sebaliknya. Kerajaan negeri juga boleh minta tolong kita melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita akan gunakan kuasa yang ada seperti yang kita buat di Cameron Hinglands,” katanya.

Menyentuh mengenai banjir yang berlaku di beberapa negeri, Shahidan berkata banjir berlaku disebabkan hujan setempat bukan berpunca air hujan daripada bukit atau gunung.

“Seperti di Kelantan, banjir yang berlaku di Gua Musang dan Kuala Krai adalah disebabkan air daripada gunung tetapi banjir yang berlaku tidak besar manakala banjir di Kota Bharu adalah paling besar kerana disebabkan hujan setempat,” katanya. – BERNAMA

Kategori