Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hafaz Al-Quran Rahsia Pelajar...

IPOH - Selain belajar bersungguh-sungguh, menghafaz Al-Quran turut merupakan faktor yang membantu kejayaan...

4 GAMBAR: Bomba Ke...

Nak sertai pasukan bomba dan penyelamat, jiwa mesti kental.Hal ini kerana mereka akan...

COVID-19: Kes Di Masjid...

SUNGAI BULOH - Kes jangkitan COVID-19 yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid...

Kementerian Pendidikan Tinggi Nama...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan nama rasmi kementerian yang diterajuinya dikenali...

Himpunan 355 Penting Untuk Umat Islam

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam menyertai Himpunan 355 bagi menyatakan sokongan mereka ke atas usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

Kata beliau, Himpunan RUU355 satu agenda untuk meninggikan kedudukan Islam di Malaysia seperti yang disebut dalam Perlembagaan Negara bahawa agama persekutuan adalah Islam.

“Ini adalah jasa generasi awal Malaysia yang telah berjaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Negara.

“Sudah tiba masanya kita (umat Islam) menunaikan tanggungjawab untuk meninggikan agama sendiri yang menjadi rahmat kepada seluruh alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui pembetangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 di Parlimen dikecam hebat Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa RUU355 merupakan strategi halus PAS melaksanakan hudud yang bersifat menindas, kuno dan menyalahi Perlembagaan Negara.


Abdul Hadi berkata, RUU355 akan membolehkan keadilan dan kemurnian proses kehakiman Islam ditunjuk kepada masyarakat Malaysia kerana ia bersikap mendidik pelaku jenayah syariah kembali ke pangkal jalan.

Justeru, beliau mengingatkan adalah kewajipan ke atas seluruh umat Islam menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang diamanahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Marilah kita hadir beramai-ramai ke himpunan 18 Februari ini. Himpunan penting bagi umat Islam seluruhnya,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori