Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mabuk Terperangkap Dalam...

AKIBAT mabuk, seorang lelaki China telah menyebabkan dirinya terperangkap di dalam sebuah tiang...

Video: Aktivis Wanita Kecam...

SEPERTI yang kita semua sedia maklum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara orang...

Muhyiddin Sudah Tak Berminat...

KOTA BHARU - Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membuat sebarang rayuan...

Kes Lahad Datu: Hukuman...

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi ke atas...

Himpunan 355 Terkawal, Tiada Sebarang Insiden

KUALA LUMPUR – Himpunan 355 yang dihadiri ribuan peserta di Padang Merbok dilaporkan terkawal dengan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku setakat 6 petang ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd. Sukri Kaman berkata sebahagian dari Jalan Parlimen telah ditutup bagi laluan kenderaan berikutan kehadiran peserta yang semakin bertambah, katanya kepada pemberita di sini.

Himpunan 355 adalah bagi memberi penerangan kepada umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Perhimpunan itu dianjurkan bersama Sekretariat Ummah, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Majlis Ulamak dan Umarak dan Pertubuhan Professional Muslim Malaysia.


Pada 24 November tahun lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-undang Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Persidangan Dewan Rakyat dijadual 7 Mac ini. – BERNAMA

Kategori