Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

MB Terengganu Bidas Kenyataan...

SETIU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman membidas kenyataan...

Pemuda Maut Kereta Bertembung...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah...

PRU14: Sarawak Bebas Anasir...

KUCHING - Sarawak masih bebas daripada sebarang anasir untuk menimbulkan kekecohan pada Pilihan...

300 Nelayan Gegar Parlimen...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 300 nelayan berkumpul di luar Parlimen bagi menyampaikan bantahan...

Ikan Lumba Mati Selepas Dipaksa Swafoto

SEEKOR anak ikan lumba-lumba mati selepas sekumpulan pelancong mengangkatnya dari dalam air semata-mata mahu berswafoto dengannya.

Anak ikan itu mati di pantai San Bernardo, di selatan Buenos Aires.

Gambar ikan yang menyedihkan itu telah dimuatnaik dalam Twitter dan mendapat simpati ramai.

Seorang saksi, Claudia ketika memberitahu CN5 telah menyalahkan orang ramai di pantai tersebut yang membiarkan anak ikan lumba-lumba itu mati.

“Ikan itu masih kecil. Mereka boleh meletakkan semula ia ke dalam air ketika ia masih bernafas tetapi malangnya mereka mula merakamkan gambar dan menyentuhnya.

“Mereka kemudiannya beritahu bahawa ikan itu sudah mati,” katanya yang kesal dengan sikap orang ramai yang berada di pantai berkenaan.


Ini adalah kejadian kali kedua berlaku di Argentina melibatkan ikan lumba-lumba dan pelancong yang terdesak serta mementingkan diri.

Pada Februari tahun lepas, kejadian sama berlaku ke atas seekor anak ikan lumba-lumba yang dibiarkan terdampar di atas pasir, selepas ia diusung ke sana sini umpama `piala’.

Ikan itu mati akibat strok haba dan kejadian itu berlaku di Santa Teresita. – MYNEWSHUB.CC

Kategori