Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Roti Benggali Pak Tam...

TAHUN 1511 ketika Portugis menyerang Melaka - orang Melayu melaknat penjarah Eropah itu...

Hukuman Mati Ke Atas...

PUTRAJAYA - Dua pengikut “Tuhan Harun" akan dihukum gantung sampai mati kerana membunuh...

Nazim Enggan Sentuh Wanita...

SELEPAS Izzue Islam, pelakon kacak Nazim Othman pula mengumumkan enggan lagi berlakon babak...

Penggunaan Dron Lebih 20kg...

PUTRAJAYA - Tiada lesen diperlukan untuk menerbangkan dron namun orang awam yang ingin...

Imigresen Selangor Tahan 169 PATI Pusat Membeli-Belah

SHAH ALAM – Seramai 169 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen Selangor di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Ketua Unit Penguatkuasa Imigresen Selangor Jaimin Sumpit berkata dalam operasi tiga jam yang bermula pukul 5 petang itu, pihaknya memeriksa 300 warga asing serta 29 premis perniagaan di situ.

Menurutnya, 150 lelaki dan 19 perempuan yang berusia 25 hingga 45 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas yang sah.

“Operasi yang disertai 90 anggota ini dijalankan selepas risikan selama sebulan berikutan aduan orang ramai yang mendakwa pusat membeli-belah itu adalah syurga bagi PATI untuk bekerja.


“Imigresen Selangor menggesa majikan segera mendaftarkan PATI dalam Program E-Kad dan Program Rehiring bagi memboleh kelulusan diberi kepada mereka untuk mendapatkan dokumen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori