Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Konsert Amal Doa Buat...

JOHOR BAHRU - Konsert Amal Doa Buat Kekasih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...

Antara Album Terbaik R&B,...

ALBUM terbaharu, Chapters, milik penyanyi yang semakin rancak mencipta namanya di Amerika Syarikat...

Bayi Mangsa Termuda Meninggal...

KUALA LUMPUR - Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia...

PRU15: Hari Mengundi 19...

Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov.Ikuti Mynewshub: TelegramHari penamaan...

India Cipta Rekod Lancar 104 Satelit Serentak

NEW DELHI – India pada Rabu mencatatkan rekod dengan pelancaran 104 satelit menerusi satu pelancar dari pusat angkasa Sriharikota di Andhra Pradesh, lapor agensi berita China Xinhua.

Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV)-C37 itu dilancarkan ke ruang angkasa pada pukul 9.28 pagi (waktu tempatan) dan dikendalikan oleh Pertubuhan Kajian Angkasa India (ISRO).

Antara 104 satelit kebanyakannya adalah milik pelanggan asing yang utama ialah satelit ‘Earth-mapping Cartosat 2 series’ seberat 714 kilogram.

Satelit kecil lain antaranya milik Amerika Syarikat, Israel, Kazakhstan, Belanda, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.


Jika berjaya ia menjadi percubaan kedua ISRO selepas pelancaran 23 satelit menerusi satu pelancar pada Jun 2015.

Sebelum ini, Agensi Angkasa Rusia pernah melancarkan 37 satelit secara serentak. – BERNAMA

Kategori