Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Mujur Cucu Keluar’

KUCHING - “Jika cucu saya masih menonton televisyen, mungkin malapetaka menimpa keluarga kami,”...

Ahli Parlimen Putatan Nafi...

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, hari ini menafikan sekeras-kerasnya...

Bekas Komander Tentera Udara...

ANKARA - Bekas komander tentera udara Turki, Akin Ozturk, dikenal pasti mengetuai cubaan...

Juruterbang Pesawat Pejuang Letup...

SEORANG juruterbang jet pejuang perang Rusia sempat menjerit `ini untuk orang kami’ sebelum...

IPD Sepang Tak Lagi Tumpuan Utama Pengamal Media

SEPANG – Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang hari ini tidak lagi menjadi tumpuan utama media tempatan dan asing susulan kes pembunuhan kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Tinjauan Bernama mendapati hanya kelihatan sekitar kurang 10 orang pengamal media menunggu di hadapan ibu pejabat polis tersebut setakat tengah hari tadi.

IPD Sepang menempatkan empat suspek yang direman berkaitan dengan kes pembunuhan berkenaan terdiri daripada dua wanita masing-masing warga Indonesia dan Vietnam serta seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Korea Utara.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain mengandungi cecair yang dipercayai racun.


Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di KLIA2 tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Kategori