Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Didakwa Bunuh...

SEREMBAN - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Dituduh Suka Kaum Sejenis,...

BEBERAPA hari kebelakangan ini umum sudah mengetahui kemelut yang berlaku dalam rumah tangga...

Pemimpin Lama Sanggup Guna...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seorang pemimpin lama sanggup guna taktik hasut...

PJ, Lembah Pantai, Hulu...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) membabitkan 95 kawasan...

Jadi Jutawan Tak Sengaja Dalam Tempoh Semalaman

SYDNEY – Seorang lelaki dari Melbourne menjadi jutawan berganda dalam sekelip mata selepas secara tidak sengaja memenangi loteri sebanyak dua kali dalam tempoh semalaman, lapor agensi berita China Xinhua.

Lelaki bertuah yang enggan dikenali itu berasal dari Point Cook barat Melbourne secara tidak sengaja memasukkan dua kali nombor loteri yang sama.

Setiap satu nombor menawarkan hadiah bernilai US$1 juta.

“Pada awalnya saya menyangka ‘wow saya telah menang US$1 juta’ saya tidur di atas katil sambil menggeletar,” katanya kepada News Limited pada Selasa.

“Kemudian lepas sejam baru sedar yang saya bermain dengan nombor sama sebanyak dua kali.

“Tak sangka saya boleh menang sebanyak dua kali,” katanya.


Beliau merancang menggunakan duit kemenangan itu membeli rumah, kereta Ferrari dan mengambil cuti pergi melancong melihat tujuh keajaiban dunia.

Sebelum ini seorang wanita berusia 30an juga pernah memenangi sebanyak dua kali loteri pada Julai 2013 dengan hadiah bernilai US$638,000. – BERNAMA

Kategori