Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Reaksi Scha Al-Yahya Bila...

KAMI yakin mereka yang mengikuti perkembangan anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara...

Agong Serah Suratcara Lantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Awas, Jangan Campur Susu...

NIKMATNYA rasa bila dapat 'pekena' teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah...

Adakah Ini Karma Saya...

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon...

Jamal Direman 5 Hari Kes Ceroboh Pusat Judi Selangor

AMPANG – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang ditahan polis langsung di kediamannya di sini semalam telah direman selama lima hari bermula hari ini.

Ia bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian ceroboh beberapa premis perniagaan oleh ahli-ahli Gerakan Baju Merah diketuainya yang didakwa menjalankan kegiatan perjudian haram di sekitar Selangor akhir tahun lalu.

Perintah reman tersebut sehingga 7 Februari depan dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Jamal, 47, dibawa ke mahkamah berkenaan dengan tangan jelas bergari pada pukul 10.05 pagi dan beliau tersenyum memakai baju T berkolar serta seluar berwarna hitam diiringi pegawai polis.

Baca: Isu Pusat Judi Haram – Jamal Hairan Polis Kepung Rumahnya

jamal-remanxx

Peguam, Zambri Idrus yang mewakili Jamal kemudian memaklumkan pemberita di luar mahkamah bahawa anak guamnya itu ditangkap hanya berdasarkan satu laporan polis yang dibuat pihak tertentu ke atasnya.


Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ditahan kira-kira pukul 3 petang Khamis selepas rumahnya di Taman Uda Jaya, Ampang dikepung ketat pasukan polis sejak awal tengah hari.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. Turut ditahan ialah sembilan ahli gerakan tersebut yang berusia antara 19 hingga 39 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori