Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Murid 8 Tahun Maut...

SEORANG murid lelaki maut selepas dilanggar van di hadapan Sekolah Kebangsaan Muhibbah Raya,...

Pemandu Wanita Terlibat Kemalangan...

JOHOR BAHRU - Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut lapan...

PH-BN Makin Hampir Bentuk...

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional mendahului Pilihan Raya Negeri...

Pekerja Asing Tinggal Dalam...

BUTTERWORTH - Lima pekerja warga asing yang bekerja di sebuah restoran nasi kandar...

Jangan Bakar Jerami Padi Waktu Siang – Bomba Perlis

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menasihatkan penduduk di negeri ini agar tidak membakar jerami padi secara terbuka pada waktu siang ketika musim angin timur sekarang.

Pengarahnya Fadzil Haroon berkata situasi cuaca panas ketika ini boleh meningkatkan kes kebakaran.

“Cuaca sekarang yang panas dan berangin serta kering adalah berisiko tinggi untuk kebakaran menjadi lebih besar walaupun asalnya hanya melakukan pembakaran kecil.

“Oleh itu kita nasihatkan mereka agar melakukan aktiviti pembakaran jerami padi di petak sawah pada waktu malam agar apinya tidak melarat,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kangar yang telah diubah suai dan dinaik taraf, di sini hari ini.


Fadzil berkata pembakaran jerami pada waktu siang juga berisiko mengehadkan jarak pandangan pemandu kenderaan seterusnya boleh menyumbang kepada punca kemalangan.

Beliau berkata pada tahun ini JBPM Perlis mencatatkan statistik purata panggilan kebakaran sebanyak empat hingga lima kali sehari dalam tempoh Januari hingga bulan ini berbanding 40 panggilan sehari dalam tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

Kategori