Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Perebutan, 56 Kerusi...

KOTA TINGGI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya...

Hutan Paya Bakau Pantai...

SEREMBAN : Hutan paya bakau Pantai Cermin di Port Dickson, dekat sini, didakwa...

‘Spider-Man: No Way Home’...

Filem terbaharu keluaran Marvel, "Spider-Man: No Way Home" catat kutipan box office melepasi...

Negara Miskin Tolak 100...

BRUSSELS: Negara miskin menolak lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 yang diedarkan menerusi...

Jari Bayi Hampir Putus Gara-Gara Sehelai Rambut Ibu

SEORANG bayi berusia dua bulan nyaris hilang ibu jari kiri tangannya selepas ia terbelit dengan sehelai rambut ibunya, mengakibatkan jari tersebut bengkak dengan saiz dua kali ganda besar.

Rambut itu membelit jarinya dengan kuat hinggakan ia tidak kelihatan pada kulitnya dalam kes yang mengejutkan di China.

Menurut TV Jiangsu, ibu bayi terbabit, Wang, telah membawa anaknya itu yang dinamakan sebagai Renci ke hospital selepas bayi tersebut asyik menangis sejak lima hari lalu. Ketika itu Wang tidak melihat perkara serius berlaku kepada bayinya.

“Saya langsung tidak menyedarinya dan tidak membuat pemeriksaan yang teliti,” katanya.

Rambut terbabit didapati telah membelit ibu jari Renci selama beberapa hari hingga mengakibatkan peredaran darah terhenti sekali gus menyebabkan jari itu bengkak.


Menurut doktor, jika Wang terlewat sehari membawa anaknya ke hospital, kemungkinan jari itu terpaksa dipotong. Doktor berjaya membuang rambut berkenaan dengan menggunakan mikroskop ketika pembedahan dijalankan.

Doktor turut mengingatkan ibu-ibu muda supaya memastikan rambut mereka pendek atau diikat bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori