Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita & Kekasih Dijel...

Bali - Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) dan kekasihnya dihukum penjara semalam...

Hanis Arif Nafi Jadi...

BAHARU sahaja berita perpisahan hubungan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim dikongsi, kini timbul...

Polis Rampas Pelbagai Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM76,200 selepas...

Adakah Anak Anda Membesar...

KUALA LUMPUR – Sebagai ibubapa, adakah anda kerap mengukur ketinggian anak anda pada...

JDT Buat Perubahan Tengah Musim Perkuat Pasukan

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan JDTII akan melakukan beberapa perubahan bermula pertengahan musim ini bagi memperkuatkan barisan utama pasukan berkenaan.

Presiden Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, perubahan akan dilakukan pada bulan Jun termasuk pada Disember akan datang.

“Saya telah menerima panggilan daripada pemilik Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan telah dimaklumkan mengenai perancangan untuk memperkuatkan barisan pasukan utama JDT dan JDT II pada Jun dan Disember akan datang ini.

“Kelab akan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang baharu bagi memastikan ia sentiasa terus melangkah ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, laman Facebook rasmi JDT memaklumkan, kelab dari Brazil, Chapecoense De Futbol berhasrat bertandang ke Johor untuk mengadakan perlawanan persahabatan.


Menurut laman Facebook berkenaan, perlawanan itu sebagai tanda terima kasih kelab Brazil tersebut kepada JDT atas sokongan dan bantuan yang diberi ketika tragedi nahas udara membabitkan pasukan itu sebelum ini.

Pada November tahun lalu, sebuah pesawat yang membawa pegawai dan pemain Chapecoense De Futbol bagi kejohanan bola sepak Amerika Selatan terhempas di Colombia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori