Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sesak Nafas, Nak Turun...

SEOUL : Seorang lelaki bertindak membuka pintu kecemasan pesawat Asiana Airlines ketika dalam...

Keganasan: Pengurus Bengkel Dihukum...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus bengkel dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah...

Logo Ulang Tahun Hubungan...

BANGKOK - Kementerian Luar Negeri hari ini memperkenalkan logo bagi memperingati hubungan diplomatik...

Pihak Berkuasa China Bantu...

KUALA LUMPUR - Identiti rakyat Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Jepun Cipta KitKat Bentuk Sushi Sempena Hari Valentine

TARIKH 14 Februari sememangnya sinonim dengan Hari Kekasih atau Valentine yang mana setiap pasangan kekasih akan menghadiahkan pasangan masing-masing jambangan bunga ataupun coklat.

Di Jepun, cawangan Nestle KitKat negara itu menampilkan satu kelainan menjelang Hari Kekasih yang bakal tiba apabila menghasilkan coklat KitKat berbentuk sushi, sejenis makanan tradisional popular negara tersebut.

Menurut pengurus pemasaran Nestle KitKat Jepun, Ryoji Maki yang dipetik media tempatan, pihaknya ingin mewujudkan versi menarik coklat itu menjelang hari istimewa tersebut.

KitKat sushi didatangkan dalam tiga variasi iaitu sushi tuna, landak laut dan telur dadar yang diletakkan di atas bertih beras bersama coklat KitKat berperisa rasberi, keju mascarpone dan puding labu.

Jepun Cipta KitKat Bentuk Sushi Sempena Hari Valentine

Tambah Maki lagi, ketiga-tiga variasi KitKat ‘sushi’ tersebut tidak dijual tetapi pelanggan yang membelanjakan lebih 3,000 yen (RM117) di mana-mana cawangan KitKat sekitar Ginza, Tokyo bakal menerima tiga variasi terhad itu.

Difahamkan ketiga-tiga variasi berkenaan telah diedar kepada orang awam sejak semalam.


Pada tahun 2000, cawangan KitKat negara ‘matahari terbit’ itu pernah menghasilkan 300 variasi produk tersebut antaranya wasabi, cuka lemon dan sake.

Sebahagian daripada variasi itu seperti perisa teh hijau malah mendapat pasaran meluas ke seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Mediacorp

Kategori