GEORGE TOWN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang hari ini meminta anggota keluarga atau waris kepada seorang warga emas Ursula Angelene Fernandez, agar menghubungi jabatan itu.
Jurucakap JKM negeri berkata wanita berusia 79 tahun itu diselamatkan oleh JKM pada 24 Jan lepas setelah pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung mangsa dibiarkan sendirian di sebuah rumah di 203 Hutton Lane, di sini
“Wanita itu memaklumkan mempunyai saudara di Kuala Lumpur tetapi tiada maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan. Dia juga kurang sihat dan cepat lupa,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata Ursula Angelene kini ditempatkan di bawah jagaan JKM dan orang ramai yang mengenali wanita itu, terutama waris dan anggota keluarganya, diminta menghubungi talian 04-2277412. – BERNAMA