Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasar Besar Seremban Akan...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan hari ini meminta peniaga di Pasar Besar Seremban...

Kes Buli: Kertas Siasatan...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja dipukul sehingga cedera parah...

Lelaki Mengaku Jesus Sambil...

SYDNEY - Seorang lelaki ditahan selepas berbogel dan menyerang pihak polis dalam sebuah...

Najib, Anak Gagal Ketepi...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jualan Di Kantin PDRM Dikawal Atasi Isu Gemuk

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal penjualan makanan dan minuman di kantin serta kafenya di seluruh negara mulai tahun ini bagi menjayakan dasar ‘Trim and Fit’ (Cergas dan Cerdas) yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pengawalan itu perlu, selain untuk menjayakan dasar itu sendiri, juga bagi memastikan anggota polis sentiasa sihat dan cerdas melalui sistem pemakanan dan amalan hidup sihat serta berupaya melaksanakan tugas secara berkesan.

“Kami akan melihat bagaimana kami boleh kawal penjualan makanan dan minuman di kantin-kantin polis di seluruh negara. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menyediakan menu yang sesuai.

“Maklumat tentang kalori juga akan dikuatkuasakan. Apa yang sesuai untuk dimakan pada waktu pagi, tengah hari, malam dan sebagainya,” katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisian Konstabel Siri 1/2016 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Menurut Zulkifli, walaupun pelaksanaan dasar berkenaan tidak mudah, terutama untuk mengubah tabiat pemakanan yang sudah menjadi amalan sekian lama, namun ia boleh dijayakan sekiranya dilihat daripada sudut positif kerana kesan baiknya akan kembali kepada anggota PDRM sendiri.

Katanya sebagai permulaan, beberapa kantin PDRM dipilih untuk melaksanakan program kawalan makanan berkenaan sebagai projek perintis dan kejayaan serta keberkesanannya akan dinilai sebelum program itu diperluaskan ke seluruh negara.


Pihaknya mungkin akan bekerjasama dengan Koperasi Polis yang boleh menyediakan infrastruktur termasuk pembekal makanan yang sesuai.

Mengenai tahap kecergasan dalam kalangan anggota PDRM, Zulkifli berkata pihaknya kini masih pada tahap pengumpulan data dan akan memaklumkan mengenainya selepas bulan Jun tahun ini untuk memberi kesempatan kepada pegawai dan anggota PDRM membuat apa-apa yang perlu untuk memastikan mereka cergas.

“Saya percaya, termasuk PDRM Sabah juga sedang mengenal pasti pegawai dan anggota yang bermasalah, yang mempunyai body mass index (BMI) lebih daripada 28. Ini yang kita akan atasi dahulu, yang mempunyai lebih berat,” katanya.

Zulkifli berharap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan menjalankan aktiviti sesuai bagi menjayakan dasar berkenaan dan yakin setiap anggota polis akan lebih bersemangat untuk mengurangkan berat badan melalui program bersama rakan-rakan.

Beliau berharap langkah yang diambil bukan sahaja untuk anggota PDRM malah akan menjadi contoh seluruh rakyat Malaysia kelak. – BERNAMA

Kategori