Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Antara Mangsa...

KABUL - Kumpulan militan dilaporkan menculik dan membunuh tiga rakyat asing yang bekerja...

Anggota Polis Dipenjara Sehari,...

Ipoh - Seorang anggota polis dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 di...

PRN: Sanusi Menghadap Sultan...

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Wisma...

Joe Flizzow Belum Berjaya...

PETALING JAYA - Usaha penyanyi rap, Joe Flizzow memujuk rakan seperjuangannya, Malique untuk...

“Jujur Saya Masih Belum Sedia Berkahwin” – Fazura

MEMANDANGKAN usianya sudah mencecah 34 tahun, pelakon jelita Nur Fazura pastinya tidak dapat lari dengan soalan tentang mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapuun, Fazura akui dia masih belum bersedia mendirikan rumah tangga kerana merasakan masih banyak perkara belum tercapai dalam kariernya.

“Kalau soal kahwin jujurnya saya masih belum bersedia ke arah itu kerana selain sibuk dengan pelbagai tugas saya juga ingin mencapai dahulu cita-cita saya.

“Banyak sebenarnya yang belum saya dapat dalam karier dan fokus saya kini memang kepada kerjaya sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Fazura menjelaskan dia masih lagi solo dan tiada teman istimewa.

Pun begitu, dia selesa dengan dengan kehidupannya itu.

Fazura ditemui pada majlis pengumumannya sebagai artis eksklusif syarikat rakaman Universal Music Malaysia di Hotel Le Meridien di ibu negara pada Khamis.

Dalam pada itu, Fazura menjelaskan dia tidak mempunyai teman istimewa dan selesa dengan kehidupan solo memandangkan terlalu sibuk dengan kerja.


"Jujur Saya Masih Belum Sedia Berkahwin" - Fazura

“Saya memang tiada teman lelaki dan tidak ada pula yang cuba mendekati tetapi saya okay sahaja kerana saya sendiri pun kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri.

“Selalunya selepas habis kerja atau penggambaran saya terus balik ke rumah untuk berehat dan hendak jumpa kawan-kawan pun tidak sempat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura telah pun tampil dengan sebuah single duet bersama juara program The Voice Filipina iaitu Jason Dy menerusi lagu Nothing Like Pag Ibig.

Sumber: mStar Online

Kategori