Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sekolah Tak Perlu Buat...

LANGKAWI - Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri...

Koronavirus: China Haramkan Penjualan...

BEIJING - Kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan haiwan liar di pasar, pasaraya, restoran...

VIDEO: “Hoi Dah Kahwin...

SEORANG pemuda bertindak menegur sambil merakam pasangan yang sedang asyik 'bermesra' di sebuah...

Pasangan Remaja Bawa Dadah,...

MUAR - Gara-gara panik dan risau ditahan polis selepas diminta memberhentikan keretanya, seorang...

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Berkurangan Pagi Ini

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 1,010 orang setakat pukul 8 pagi ini berbanding 1,020 orang, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata jumlah itu melibatkan 269 keluarga dan mereka ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Muar dan Tangkak.

Daripada 1,010 orang itu, seramai 683 orang daripada 174 keluarga berada di 14 PPS di Segamat, 302 orang (89 keluarga) di dua PPS di Muar manakala 25 orang (enam keluarga) berada di satu PPS di Tangkak, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ayub berkata dua jalan masih terputus hubungan iaitu jalan Felda Kemelah di Segamat berikutan cerun runtuh dan jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian akibat jambatan runtuh. – BERNAMA

Kategori