Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Cecah Usia 40 Tahun,...

AKTRES dan bekas naib juara Miss Malaysia World, Elaine Daly menzahirkan rasa syukur...

Wilma Belajar Guna Instagram...

AKTRES Wilma Muhammad mengambil inisiatif belajar menggunakan media sosial iaitu Instagram selepas kembali...

Masa Depan MAEPS Sebagai...

SERDANG - Sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi melihat potensi dan kewajaran Tapak...

Mesyuarat Pertama Majlis Tindakan...

PUTRAJAYA - Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, yang penubuhannya diumumkan pada Perhimpunan Agung...

Juri Perintah Facebook Bayar AS$500 Juta Kepada Oculus

WASHINGTON DC – Juri Mahkamah Texas mengarahkan pentadbir Facebook sebagai pemilik aplikasi Oculus Rift membayar ganti rugi AS$500 juta (RM2.21 bilion) kepada syarikat perisian permainan ZeniMax kerana didakwa mencuri teknologi maya syarikat itu.

Dokumen mahkamah mendedahkan, juri membuat keputusan itu selepas mendapati syarikat itu bersalah menciplak teknologi peranti maya daripada ZeniMax, untuk mencipta peralatan Rift ‘headset’.

Tindakan undang-undang itu mendakwa pengasas Oculus, Palmer Luckey membangunkan peralatan alam maya menggunakan kod secara haram daripada syarikat permainan itu.

ZeniMax dalam satu kenyataan berkata, mereka ‘gembira’ dengan kejayaan kes itu dan menganggap ia adalah pelanggaran undang-undang hak cipta dan tanda dagangan milik syarikat itu berdasarkan perjanjian perkongsian teknologi dicabuli Oculus.

Sedangkan teknologi itu dibangunkan oleh mereka dan ia adalah hak eksklusif syarikat itu.


Pengerusi dan Ketua Eksekutif Zenimax Robert Altman berkata, teknologi adalah asas kepada perniagaan syarikatnya dan menganggap kecurian harta intelek mereka adalah satu perkara yang serius.

Facebook menggunakan aplikasi Oculus pada 2014 dan meraih keuntungan AS$2 bilion (RM8.86 bilion) menerusi penjualan ‘headset’ Rift sebagai sebahagian penjualan alam mayanya. – AFP/BH ONLINE

Kategori