Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tanah Felda: PM Arah...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sudah mengarahkan FELDA mengambil tindakan...

Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Barisan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan perjumpaan tertutup dengan...

Projek LRT 3 Bakal...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Arab Saudi Bina Bandar...

LONDON - Arab Saudi mengumumkan akan membina projek perbandaran mega bernilai RM2.1 trilion...

Kadar Dividen 5.70 Peratus KWSP Satu Pencapaian Baik

KUALA LUMPUR – Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, boleh dianggap sebagai satu pencapaian baik walaupun dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi tempatan serta global, kata pakar ekonomi.

Malah, Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Sunway University, Dr Yeah Kim Leng berkata tidak mudah bagi KWSP untuk mengulangi pencapaian cemerlangnya pada 2015 berikutan penyusutan harga ekuiti domestik, pulangan bon tempatan yang lebih rendah serta faktor pertumbuhan ekonomi yang menyederhana.

“Ini jelas dibuktikan menerusi pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai keadaan ekonomi negara baru-baru ini yang mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 4.5 peratus berbanding 5.0 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

KWSP sebelum ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.4 peratus pada 2015 yang membabitkan jumlah pengagihan sebanyak RM38.24 bilion.

Bagi 2016, jumlah pengagihan pendapatan itu adalah sebanyak RM37.08 bilion.

Mengulas lanjut, Yeah berkata KWSP berdepan pendedahan tinggi terhadap sektor minyak dan gas di Bursa Malaysia selain turut dijejaskan oleh penyusutan harga minyak mentah.

Menurutnya, berdasarkan prestasi portfolio pendapatan tetap KWSP, pulangan ekuiti domestik yang lebih rendah itu diimbangi oleh prestasi ekuiti pegangan asing yang lebih baik.

Selain itu, susulan penyusutan nilai ringgit, hasil tukaran asing turut membantu meningkatkan pendapatan KWSP.


“Berdasarkan jangkaan pulangan pelbagai kelas asetnya, kalangan penganalisis menyasarkan kadar (dividen) lebih rendah iaitu bawah 6.0 peratus,” katanya.

“Bagaimanapun, ini sudah pasti akan meningkatkan sedikit sentimen pengguna,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata KWSP gembira kerana berjaya mengatasi dua sasaran pelaburannya secara konsisten iaitu untuk mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun dan kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2.0 peratus bagi purata bergerak tiga tahun.

“Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, KWSP sentiasa memberi penekanan terhadap pulangan yang mampan untuk jangka panjang berbanding pulangan jangka pendek.

“Ini merupakan satu pencapaian yang baik walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran yang sukar. Bagi 2016, dividen sebenar untuk purata tiga tahun bergerak adalah 3.83 peratus, 183 mata asas melebihi sasaran,” katanya.

Selain KWSP, hampir setiap dana persaraan dan pelaburan dunia turut terjejas akibat kejatuhan mendadak harga minyak mentah global ke paras terendah dalam sejarah iaitu US$28 (US$1 = RM4.44) setong pada Januari 2016 yang memberi impak kepada penyusutan nilai ringgit selain kesan tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). – BERNAMA

Kategori