Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hero Olimpik, Paralimpik Terima...

KUALA LUMPUR - Wira dan wirawati Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 diraikan...

Shila Amzah Kena Sound...

DALAM diam-diam, penyanyi superstar Shila Amzah rupanya sedang dilamun cinta dan telahpun selamat...

Gol Kontroversi Ranapkan Impian...

BANGKOK - Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas tipis 0-1 kepada kelab Jepun, Nagoya...

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar...

MADRID : Sepanyol menawarkan bantuan untuk menghantar anggota pasukan penyelamat ke Maghribi berikutan...

Kaki Kanak-Kanak Terperosok Dalam Mangkuk Tandas

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di sebuah kedai runcit milik keluarganya di Taman Sua Betong di sini, petang tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Ahmad Izam Malek berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, kaki kanan mangsa terperosok ke dalam mangkuk tandas ketika mangsa hendak membuang air kecil.

Beliau berkata seramai tujuh anggota tiba ke lokasi kira-kira 15 minit selepas mendapat panggilan kecemasan daripada bapa mangsa.

“Kami cuba mengeluarkan kaki mangsa dengan pelbagai cara termasuk menggunakan sabun, tetapi gagal.


“Anggota terpaksa memecahkan mangkuk tandas jenis cangkung itu untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dan kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Kategori