Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Perkataan ‘Baru’ Bahasa Melayu...

SEJUJURNYA, berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi,...

Isteri Lan Solo Ada...

ISTERI bekas penyanyi kumpulan Kristal, Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim ada sebab...

Kembara Haji Bertemu Rakyat...

KASHGAR CITY, (China) - Anggota Ekspedisi Kembara Inspirasi Haji begitu terkejut dan pada masa yang sama merasa gembira apabila...

Pereka Fesyen Tak Perlu...

SEJAK akhir-akhir ini ramai selebriti terlibat dengan perniagaan fesyen seperti rekaan busana dan...

“Kami Baik Saja” – Nazim Nafi Rumah Tangga Bergolak

BERIKUTAN timbul gosip hangat menyatakan rumah tangganya kini bermasalah, pelakon Nazim Othman tampil menafikan perkara itu sekaligus memaklumkan hubungannya dengan isteri, Bella Dally berada dalam keadaan baik.

Baca: Rumahtangga Nazim Othman & Bella Dally Bermasalah?

Pada masa yang sama, Nazim enggan mengulas lanjut mengenai hal itu kerana dia tidak suka berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

“Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.

“Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam, kecoh apabila tersebar khabar angin menyatakan rumah tangga Nazim dan Bella bergoyah. Gosip ini timbul apabila pelakon wanita itu dilihat memadam semua gambar suaminya di dalam Instagram peribadinya.

Nazim pula dilihat memuat naik satu video nyanyiannya di Instagram yang ditujukan khas buat isteri tersayang sebaik gosip itu mula bertebaran hangat semalam.


Hye @belladally

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 September tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori