Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 31 Ahli...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 31 individu dipercayai anggota sindiket Along ,terdiri daripada...

KDN Warta Larangan Penerbitan...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap pencetakan, penerbitan dan pengedaran dua...

Lebih 30 Maut, Banjir...

CASTELDACCIA - Banjir besar dan ribut kencang yang melanda Itali sejak seminggu lalu...

TMJ Hadiahkan RM15,000 Pada...

KUALA LUMPUR - Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail...

Kanopi, Aiskrim Jadi Fokus Tunggu Kes Jong-nam

SEPANG – Setelah berhari-hari berada di bawah terik matahari di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan kes pembunuhan Kim Jong-nam, pengamal media hari ini merasa lega apabila dapat berlindung di bawah kanopi yang dipasang pihak IPD.

Walaupun tidak diketahui tujuan IPD Sepang memasang kanopi berkenaan pada pukul 2 petang tadi, namun ia memberi kelegaan yang amat sangat kepada pihak media tempatan dan asing di situ.

Bagi pengamal media yang biasa berkampung di hadapan IPD Sepang bagi mengikuti kes itu, kebiasaannya mereka akan membawa payung untuk melindungi diri mereka daripada terik matahari.

Dalam suasana bahang panas dan terik hari ini, beberapa petugas media turut tidak melepas peluang untuk membeli aiskrim daripada seorang penjual aiskrim bermotosikal yang kebetulan melalui kawasan tersebut bagi menghilangkan dahaga mereka.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menjadi tumpuan media apabila dia meninggal dunia pada 13 Februari lalu semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


Dia yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol sebelum itu dilapor berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan bahan beracun. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • media

Kategori