Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Perlulah Dipanjangkan, Kata...

KUCHING - Tak perlulah dipanjangkan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan...

Impian Miliki Rumah Sendiri...

KUALA LUMPUR – “Kalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah,...

Geely Lantik Daniel Donghui...

KUALA LUMPUR - Zhejiang Geely Holdings Group dari China telah melantik Naib Presiden...

Amaran Hujan Berterusan Di...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di timur Sabah serta...

KDN Perkenal Undang-Undang Perlakuan Anti Sosial

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji kemungkinan mewujudkan undang-undang berkaitan perlakuan antisosial yang antara lain boleh mengawal perlakuan golongan bawah umur di tempat awam.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata undang-undang sedemikian yang dikenali ‘Anti-Social Behaviour Act’ (akta perlakuan antisosial) banyak diguna pakai di negara-negara maju.

“Sebagai contoh, dengan adanya peruntukan seumpama ini mereka yang masih bawah umur tetapi didapati berada di kawasan awam pada waktu tertentu, polis boleh menahan mereka dan menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing.

“Sekarang polis tidak mempunyai kuasa tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Memperkasakan Veteran UMNO Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata ini adalah antara usaha yang dipertimbangkan oleh kementerian bagi mengekang perlakuan delinkuen remaja.

Katanya fenomena itu dilihat semakin membimbangkan di bandar-bandar besar termasuk Johor Bahru disebabkan urbanisasi yang cepat.


Mengenai kejadian yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal pada 18 Feb lalu, Nur Jazlan berkata siasatan masih dijalankan.

“Itu satu tragedi yang boleh dielakkan, tapi sekarang dah menjadi isu yang dipesongkan pula. Sepatutnya kita simpati dan takziah kepada keluarga. Lepas ini kita kena pastikan anak-anak bawah umur ini tidak lagi berada di kawasan tersebut,” kata beliau.

Berkaitan perhimpunan remaja berbasikal yang diuar-uar berlangsung esok, Nur Jazlan menasihati mereka yang berkenaan agar membatalkan perhimpunan dan memberi tumpuan kepada langkah-langkah untuk mengelakkan tragedi sama berulang. – BERNAMA

Kategori