Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pilihan Raya PBT: Mustafa...

HARI ini selain kekecohan dalaman parti MIC, Setiausaha Agung dua parti hari ini...

Jovian Mandagie Buka Restoran...

WAH, dalam diam-diam rupanya pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie sudah pun meluaskan empayar...

“Hampir 5 Bulan Kami...

KLUANG - Kira-kira 40 pemandu lori daripada lima kontraktor di Felda Kahang Barat,...

Kerjasama Matang Tunjuk Amalan...

KUANTAN - Sikap Kerajaan Negeri yang matang dalam berurusan dengan kerajaan Pusat mendapat...

Kedah Mahu Bina Stadium Bola Sepak Baharu

ALOR SETAR – Kedah bercadang membina sebuah stadium bola sepak baharu berkapasiti lebih 60,000 penonton yang akan dibina di luar bandar raya ini bagi menampung jumlah kehadiran penonton yang semakin meningkat di Stadium Darulaman ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beberapa kertas kerja telah diterima daripada pihak syarikat swasta termasuk mereka bentuk kompleks mengikut kesesuaian dan kos untuk dinilai sebelum dimuktamadkan.

“Kita nak usaha pembinaan stadium baharu secepat mungkin di luar kawasan bandar raya Alor Setar supaya semangat pasukan disemarakkan lagi serta memberi keselesaan kepada peminat dan penyokong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke atas pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning Kedah yang menjalani latihan di padang bola sepak Peremba di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga mahu lebih ramai penglibatan pihak swasta dalam projek ini agar dapat disegerakan.

“Kita nak bina stadium baharu ini di luar Alor Setar dan memerlukan kawasan yang luas kerana bukan sahaja stadium dibina, tetapi akan dilengkapi kemudahan pusat perniagaan, gerai makanan dan jualan serta pusat sukan, maka penglibatan pihak swasta kita alu-alukan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, stadium lama yang berkapasiti 30,000 penonton tidak lagi mampu menampung jumlah penyokong terutama pada perlawanan-perlawanan penting.


“Kita nak setiap daerah ada tarikan tersendiri, dan kita tidak mahu tertumpu di satu-satu daerah sahaja seperti Sungai Petani yang akan dibina litar lumba seperti diumumkan Perdana Menteri dalam lawatannya ke Kedah baru-baru ini.”

Sementara itu, Ahmad Bashah berharap agar skuad Helang Merah yang akan bertemu Kuala Lumpur pada saingan Piala FA di sini malam ini, akan mencapai kemenangan.

“Saya harap pemain dapat meneruskan momentum cemerlang mereka pada setiap kali perlawanan, penyokong pula teruskan memberi semangat kepada pasukan agar mencipta kemenangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori