Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Jatuh Dari Tingkat...

SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah selepas lif yang dinaikinya dari tingkat lapan terjatuh...

DAP Puji Kementerian Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Wakil rakyat DAP senang hati dengan kementerian berkaitan agama Islam...

Singapura Sedia Penempatan Untuk...

KUALA LUMPUR - Semua warga Malaysia yang bekerja di Singapura boleh terus bekerja...

Betul Ke Ustaz Syamsul...

SETELAH pihak polis mengesahkan menerima laporan kes seorang penceramah bebas dari Negeri Sembilan...

Kedai Emas Di Sungai Petani Kerugian RM100,000 Disamun

SUNGAI PETANI – Sebuah kedai emas di Jalan Dewa dekat sini kerugian RM100,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Saifi Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati empat lelaki berkenaan, yang memakai topi keledar dan memakai penutup muka, datang ke kedai emas terbabit menaiki dua motosikal.

“Terdapat empat pekerja wanita di dalam kedai ketika itu, kesemua suspek kemudiannya menyerbu ke dalam kedai dengan seorang daripadanya mengacukan pistol menyebabkan semua pekerja lari menyelamatkan diri di belakang kedai.

“Seorang suspek menggunakan tukul untuk memecahkan cermin kaca tempat menyimpan barang kemas sebelum dua rakannya mengambil barang kemas terbabit, manakala seorang lagi memantau di hadapan kedai,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.


Saifi berkata kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal.

Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori