Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rahsia Kenapa Nyamuk Suka...

JAKARTA - Nyamuk tercatat sebagai salah satu serangga yang paling banyak membawa maut...

Mohamad Thaqif Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Punca sebenar kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi,...

Jual Tanah: Kerajaan P.Pinang...

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow hari...

Anak Whitney Houston, Bobbi...

ANAK tunggal mendiang Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown disahkan meninggal dunia di pusat...

Kekasih Australia Beri Cincin, Raja Ilya Dah Bertunang?

KISAH cinta antara pelakon Raja Ilya dan seorang lelaki dari Australia sememangnya bukan lagi rahsia.

Namun, dalam diam muncul perkhabaran menyatakan Ilya itu sudah bertunang berdasarkan cincin yang disarung di jari manisnya.

Bagi menjawab spekulasi peminat, Ilya tampil menafikan mereka sudah bertunang namun mengakui cincin itu diberi kekasih hatinya.

“Saya akui cincin ini memang diberikan oleh si dia, namun ini bukanlah cincin tanda bertunang. Cincin ini hanya sekadar hadiah kepada saya.

“Saya masih belum lagi bertunang dengan dia. Soal jodoh, kita sebagai manusia hanya merancang. Buat masa ini, keutamaan saya adalah keluarga dan kerjaya saya,” kata Ilya kepada Astro Gempak.

Kekasih Australia Beri Cincin, Raja Ilya Dah Bertunang?

Sementara itu, Ilya akui masih belum bersedia mendirikan rumah tangga meskipun sudah tiga tahun berkenalan.


Menurutnya, dia mahu menumpukan pada kerjaya dan keluarga dahulu.

“Kami menjalinkan hubungan jarak jauh, itu menjadi salah satu kerisauan saya. Saya berada di Malaysia, dia pula menetap di Gold Coast.

“Dalam keadaan sekarang, saya boleh katakan yang saya belum bersedia. Biar saya tumpukan dahulu kepada kerjaya. Keadaan kesihatan ibu saya juga tidak begitu baik, saya perlu mengutamakan ibu saya terlebih dahulu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ilya bakal muncul dalam filem Soulmate Hingga Jannah.

Kategori