Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk Hampir Seluruh...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir...

Ah Lek: Jasa Najib...

VETERAN MCA Tan Sri Lim Ah Lek mempunyai rekod membanggakan yang tidak semua...

Kini Arab Saudi Pula...

SEMALAM Arab Saudi mengetuai sekutu Arabnya, termasuk Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan...

VIDEO: “Hug A Terrrorist”...

Israel mengatakan bahawa terdapat ramai pengganas di Gaza, sedangkan yang dibunuh mereka dengan...

Kelantan Rombak Pemain Menentang MU Malam Esok

KOTA BHARU – Kelantan terpaksa melupakan khidmat penyerang import, Mohammed Ghaddar dan Alessandro Padovani Celin untuk pertemuan menentang Melaka United dalam saingan Liga Super di laman sendiri esok.

Kedua-dua pemain itu yang masing-masing cedera di kaki, setakat ini belum yakin dapat beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Ini memaksa jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail melakukan rombakan dalam skuadnya, sekali gus mengadakan penggiliran agar ada pemain yang dapat direhatkan dalam mengharungi jadual musim ini.

“Sebenarnya penggiliran pemain amat sukar untuk dilakukan memandangkan mereka belum lagi serasi bersama tetapi ia terpaksa dibuat memandangkan Kelantan akan menghadapi lima perlawanan berturut-turut dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

Pada masa sama, Zahasmi berkata beliau yakin skuad kendaliannya akan menebus maruah dengan memenangi perlawanan esok selepas tewas 0-1 kepada Kedah, Sabtu lalu.


“Kami mahu tiga mata kerana ia akan mengembalikan moral pemain dan juga penyokong kami.

“Saya yakin pemain mempunyai semangat untuk bangkit selepas kalah dua kali berturut-turut iaitu kepada PKNP FC dalam Piala FA dan Kedah dalam Liga Super,” katanya.

Aksi Kelantan dan Melaka United malam esok adalah perlawanan yang ditunda pada 21 Jan lepas akibat cuaca buruk di Kelantan. – BERNAMA

Kategori