Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Maut Ditanduk...

SEGAMAT - “Saya tidak boleh pergi dekat untuk menyelamatkan mangsa kerana kerbau itu...

Pelajar Malaysia Mati Akibat...

Bedah siasat yang dilakukan ke atas jenazah pelajar warganegara Malaysia di England menunjukkan...

MINYAK: Mana Suara Syukur...

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan analogi bila harga kangkung turun, kenapa...

Pulau Pinang Kekurangan Bekalan...

GEORGE TOWN – Pembekal telur ayam di negeri ini sekali lagi dihimpit kebimbangan...

Keluarkan Arahan Larangan Remaja Keluar Lewat Malam

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan supaya kerajaan negeri mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata larangan itu perlu bagi menangani pelbagai kejadian tidak diingini seperti kemalangan berbasikal yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, awal pagi semalam.

“Larangan dicadangkan dikuatkuasakan kerajaan negeri untuk ‘tuan punya tapak’ lokasi atau premis supaya tidak membenarkan remaja bawah umur berada di lokasi atau premis mereka pada lewat malam. Contohnya, Majlis Bandaraya Johor Bahru yang bertanggungjawab ke atas Dataran Bandaraya Johor Bahru,” katanya.

Nur Jazlan yang juga anggota Parlimen Pulai berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Pulai, di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal dan lapan yang lain cedera apabila basikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, 3 pagi, semalam.

Menurut Nur Jazlan, larangan berkenaan dicadangkan berikutan kuasa polis yang terhad dalam mengawasi remaja bawah umur selain tidak cukup keanggotaan untuk melakukan penugasan seiring pembangunan pesat terutamanya di bandar raya Johor Bahru.

Beliau berkata cadangan itu tidak perlu dilakukan di semua negeri memandangkan tidak semua negeri mengalami masalah melibatkan remaja bawah umur yang keluar lewat malam.

“Yang banyak berlaku masalah ini (remaja bawah umur keluar lewat malam) adalah di Johor dan Lembah Klang. Masalah ini telah berlaku beberapa tahun sebelum ini dan saya pun sudah minta polis ambil tindakan.

“Masalahnya, anak-anak ini adalah di bawah umur dan pihak polis tidak boleh mengambil tindakan keras terhadap mereka. Jadi, saya lontarkan cadangan ini (larangan berada di bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam) kepada kerajaan negeri dan KDN sanggup bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan untuk melaksanakannya,” katanya.

Menurut Nur Jazlan, tindakan drastik perlu dilakukan dalam mengawasi remaja bawah umur supaya pelbagai pihak tidak terus menyalahkan polis sedangkan pihak berkuasa sudah melakukan tanggungjawab mereka terutamanya menasihati remaja bawah umur serta ibu bapa mereka.


Beliau berkata terdapat sesetengah kes ibu bapa memarahi pihak berkuasa kerana menuduh anak mereka berkeliaran waktu malam sedangkan beban mengawasi anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

“Menerusi cadangan kepada kerajaan negeri itu, saya bukan menyuruh remaja bawah umur ini dikenakan perintah berkurung, cuma, mereka tidak dibenarkan berkeliaran di bandar raya dan lokasi tertentu khususnya jalan raya kerana di bandar banyak ancaman termasuk jenayah.

“Jalan terbaik adalah supaya kerajaan negeri tidak membenarkan remaja bawah umur berkeliaran pada waktu malam. Jadi, perlu ada satu arahan daripada kerajaan negeri supaya satu tindakan bersepadu contohnya bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan pengendali jalan raya dibuat bagi membantu polis mengawasi anak-anak,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan turut meminta semua pihak supaya tidak terus memperkatakan mengenai kemalangan semalam secara berpanjangan demi menjaga keharmonian kaum.

Beliau berkata siasatan polis setakat ini mendapati wanita yang memandu kereta Nissan Almera berkenaan tidak memandu laju, tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu serta tidak mabuk.

Jalan itu (Jalan Lingkaran Dalam) memang ada sedikit berliku dan naik turun. Ini kawasan saya (Parlimen Pulai), saya tahu keadaan laluannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori