Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Monday, December 30, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Hanyut Dalam...

SEREMBAN - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan...

Presiden Halimah Tetap Setia...

PELANTIKAN bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura yang kelapan dan julung...

24 Saman, 6 Motosikal...

KOTA TINGGI - Sebanyak 24 saman dikeluarkan manakala enam motosikal disita dalam Ops...

Kluster Benteng LD: 64...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 Kluster Benteng LD merekodkan 64 kes membabitkan banduan,...

Kemalangan Basikal: 2 Mangsa Masih Dirawat Di HSA

JOHOR BAHRU – Dua remaja, yang cedera dalam kemalangan berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Pengarah HSA Dr Aman Rabu berkata seorang daripada mangsa, yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), telah dipindahkan ke wad biasa.

“Muhd Nazri Mahmudi, 13, yang sebelum ini dirawat di ICU telah pun kita tempatkan di wad biasa manakala Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, masih lagi menerima rawatan di ICU.

“Mereka masih memerlukan pemerhatian rapi…sama-sama kita doakan agar keadaan mereka berdua cepat sembuh seperti sediakala,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Enam mangsa lain yang turut menerima rawatan kerana kecederaan ringan di HSA telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 18 Feb lepas, lapan remaja berbasikal maut manakala dua kritikal dan enam yang lain cedera apabila dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam kejadian kira-kira 3 pagi. – BERNAMA

Kategori