Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Shila Amzah Rangkul Tiga...

PENYANYI yang bertapak di China, Shila Amzah sekali lagi melakar sejarah indah dalam...

14 Disah Terkorban Dalam...

ALMATY - Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban hari ini apabila sebuah pesawat penumpang yang...

Jabatan Kesihatan P. Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di...

SPRM Sambung Reman 2...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membatalkan permohonan sambung reman yang dikemukakan...

Kematian 4 Sekeluarga Akibat Hidu Asap Tebal – Polis

KUALA LUMPUR – Kematian empat sekeluarga dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2/5A USJ 2, Subang jaya, awal pagi tadi akibat menghidu asap tebal, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari.

Beliau berkata ini berdasarkan laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Serdang ke atas keempat-empat mangsa iaitu Lim Ah Kok, 59, Goh Bee Khion, 51, Lim Yeong Wei, 17, dan Lim Yeong Liang, 20.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dilaporkan berkaitan kejadian itu namun kami masih menunggu laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohammad Azlin berkata polis percaya kejadian itu tidak melibatkan unsur jenayah berikutan kebakaran berlaku dari tingkat bawah manakala keempat-empat mangsa ditemukan dalam bilik tidur dan bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

“Sekiranya terdapat unsur jenayah atau terdapat individu yang sengaja membakar untuk tujuan membunuh mangsa, pelaku pasti akan melakukan pembakaran dari luar bilik di tingkat atas dan bukan dari tingkat bawah,” katanya.


Dalam kejadian yang bermula kira-kira 5.30 pagi tadi, tiga mangsa ditemukan mati di dalam bilik tidur manakala seorang lagi mangsa dalam bilik air rumah berkenaan yang musnah 80 peratus akibat kebakaran itu. – BERNAMA

Kategori