Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

JKM Cari Ibu Kandung...

Kuala Lumpur : Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung...

Honda Gantung Pekerja Hina...

SHAH ALAM - Kerana mulut badan binasa. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita...

Ribut Terburuk Dalam 20...

JOHOR BAHRU: "Sepanjang usia saya 50 tahun dan menetap di Rumah Pangsa Ros...

Tokoh PPBM Melaka ‘Merajuk’...

MUNGKIN ada anggap ini kisah lawak tetapi berita seorang bekas calon PPBM Melaka...

Kempen Pemuda BN DUN Tanjong Datu Diketuai Pemuda PBB

SEREMBAN – Kempen Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak akan diketuai Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ketua Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin percaya tiada masalah dari segi kempen dan jentera pilihan raya BN di sana mampu dijalankan dengan lancar.

“Malah, calon BN iaitu balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Jamilah Anu pun adalah seorang yang dikenali,” katanya selepas melancarkan Latihan Askar Wataniah (AW) 2017 dan ‘Commander’s Challenge’ di Rejimen 508 AW di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata sudah pasti beliau berharap BN akan mendapat sokongan daripada pengundi muda.

“Kita berharap akan mendapat mandat yang besar daripada generasi muda di sana,” katanya.

Mengenai pemilihan Jamilah sebagai calon BN yang dikatakan akan mendapat undi simpati dengan kejayaan sebelum ini, beliau berkata perkara itu tidak timbul sebab calon BN adalah seorang yang dikenali dan banyak berbakti di kawasan tersebut.

“Jadi, ini bukan soal simpati tetapi ia adalah soal memilih calon yang terbaik,” katanya.


PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Jamilah, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput dari Parti Reformasi Negeri (Star).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Feb ini sebagai pengundian awal dan 18 Feb sebagai tarikh mengundi.

Sementara itu, Khairy yang juga Komander Rejimen 508 AW ketika berucap pada majlis tersebut berkata, keamanan dan kesejahteraan yang dianugerahkan Allah swt bukan boleh dikecapi dengan semudah yang difikirkan.

Oleh itu, katanya, anggota AW perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan dan latihan yang mereka ikuti tersebut penting supaya mereka sentiasa bersedia jika keadaan memerlukan. – BERNAMA

Kategori