Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Terlalu Cantik Lepas Lahirkan...

SEBUAHƃā€šĆ‚Ā akhbar Rusia membuat satu laporan kontroversi apabila menuduh kelahiran kedua Kate Middleton hanya...

Laksanakan Audit Dalaman Elak...

CYBERJAYA - Audit dalaman perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengelakkan penyalahgunaan dana dan...

Makyung “Anak Raja Tangkai...

KOTA BHARU - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan pementasan Teater...

Perdana Menteri Umum Pembukaan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan hala tuju...

Kemudahan Sukan Olimpik Rio 2016 Jadi Gajah Putih

RIO DE JANEIRO – Penganjur Olimpik Rio 2016 berjanji tiada kemudahan temasya sukan terbesar dunia itu menjadi projek gajah putih selepas peminat dan atlet pulang ke negara masing-masing.

Begitupun malangnya, enam bulan kemudian wujud bukti yang jelas ia tidak dapat ditepati oleh pihak berkuasa bandar raya metropolis terbesar Brazil itu.

Kemudahan Sukan Olimpik Rio 2016 Jadi Gajah Putih

Rumput yang mati di stadium terkenal dunia, Maracana, apartmen bagi perkampungan sukan yang diharap menjadi kejiranan mewah namun akhirnya tidak dapat dijual.

Sekali gus tidak perlu untuk memandang jauh bagaimana janji itu gagal dilunaskan oleh negara terbesar di rantau Amerika Selatan dan yang pertama menganjurkan Olimpik.

Setahun sebelum temasya membuka tirainya, pegawai tertinggi di pejabat Datuk Bandar, Pedro Paulo berjanji: “Tidak akan ada gajah putih” dan sebelum majlis penutup pada 21 Ogos tahun lalu, Datuk Bandar, Eduardo Paes mengulangi kata-kata itu.

Pegawai sukan dan bandar raya itu menyatakan betapa laluan metro dan bas yang baharu sebagai kejayaan berkekalan tetapi di di Taman Olimpik – dibina daripada kejiranan miskin tempatan; kini berada dalam keadaan terbiar dan menyedihkan.

Kemudahan Sukan Olimpik Rio 2016 Jadi Gajah Putih

Hanya dibuka kepada orang awam pada hari bekerja, kawasan luar di mana acara renang, gimnastik, bola keranjang dan beberapa acara kompetitif popular lain kurang dilawati dengan peralatan pembinaan dibiarkan berkarat, kerusi bertimbun serta lubang kumbahan dibiarkan sesetengahnya tidak bertutup.

Bagi kolam renang bagi pemanas badan yang kurang setahun lalu digunakan legenda, Michael Phelps dalam usaha menambah pingat Olimpiknya kepada 28, ia kini dipenuhi kulat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.


Taman Olimpik dijangka diserahkan kepada pengurusan syarikat swasta, namun berikutan tiada sesiapa yang berminat, kementerian sukan Brazil perlu mengambil alih.

Harapan untuk melihat ‘Arena of the Future‘ yang menjadi gelanggang kepada acara bola baling dan dikatakan akan diubah kepada sekolah selepas temasya itu berakhir juga dikatakan tidak menjadi kenyataan.

Ia selepas datuk bandar baharu dilantik selepas Olimpik berkata, dia perlu melihat semula bajetnya.

Kemudahan Sukan Olimpik Rio 2016 Jadi Gajah Putih

“Sebagai rakyat, saya amat bimbang. Kami belajar untuk tidak mempercayai ahli politik. Jika sekolah-sekolah ini tidak dibina, ia satu bencana,” kata arkitek asal projek berkenaan, Gustavo Martins.

Beberapa gelanggang yang diharapkan akan menjadi pusat kepada acara sukan juga belum dapat dilaksanakan.

“Kami akan bermesyuarat dengan kementerian sukan minggu depan dan berharap dapat menggunakan kemudian itu pada suku kedua tahun ini,” kata pengarah eksekutif Jawatankuasa Olimpik Brazil, Agberto Guimaraes. – AFP

Kategori