Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pembayar Zakat Rasai Pengalaman...

KUALA KUBU BHARU - Bagi menghargai pembayar zakat negeri ini, Lembaga Zakat Selangor...

Tun Mahathir Disiasat Berhubung...

GEORGE TOWN - Polis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr...

Tragedi Dalam Timbunan Rumput...

Sa Kaeo (Thailand) - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun atas...

Pemerintah Mesir Tergugat Berdepan...

SETIAP kali Mohamed Salah melangkah masuk ke stadium, para penyokongnya akan bersorak "Mo Salah,...

Kerajaan Kaji Cadangan Susun Semula Sistem PSV

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji cadangan supaya sistem pengeluaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) disusun semula merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya yang bertujuan membantu keperluan industri perkhidmatan bas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu diharapkan dapat mengatasi masalah kekurangan pemandu bas ekspres di negara ini.

“Harga PSV yang mahal dan sukar mendapat kelulusan antara faktor menyebabkan kekurangan pemandu bas ekspres di negara ini.

“Setakat ini kita mempunyai kira-kira 4,300 pemandu bas ekspres di seluruh negara dan jumlah ini dilihat masih tidak mencukupi apabila ada kalangan mereka terpaksa bekerja lebih masa hingga menjadi antara faktor kemalangan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Transformasi Bas Ekspres, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.

Nancy berkata selain itu, kerajaan turut mahu merekrut pemandu bas ekspres terdiri dari kalangan belia dan wanita dengan memberikan mereka latihan supaya menjadi pilihan utama sebagai pemandu kepada syarikat-syarikat operasi bas.

“Kami tidak mahu lagi mengambil orang luar (warga asing) dan sebaliknya mahu orang muda tempatan yang menjadi pemandu bas kerana kebanyakan yang ada di pasaran berusia 40 hingga 50 tahun.

“Kami juga mahu melatih wanita untuk menjadi pemandu bas ekspres bagi pemanduan jarak pendek dahulu sebelum dilanjutkan kepada pemanduan jarak jauh,” katanya.


Menurutnya usaha menstrukturkan semula kadar gaji pemandu bas juga perlu diteliti semula supaya tidak lagi berpandukan kepada bayaran mengikut jumlah perjalanan.

Beliau berkata melalui sistem sekarang terdapat pemandu utama bas ekspres enggan menerima rakan sepemandu kerana mahu menjana elaun tambahan sehingga sanggup memandu melebihi 24 jam dan akhirnya berlaku kemalangan.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Nancy berkata Makmal Transformasi Bas Ekspres itu bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan industri bas ekspres di negara ini dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan pengangkutan awam itu.

“Ia merangkumi perbincangan bersama pemain-pemain industri bas ekspres dalam isu berkaitan model perniagaan, kebajikan pemandu bas, pendekatan teknologi, polisi pelesenan dan mutu terminal bas dan infrastruktur.

“Hasil rumusan dalam makmal ini akan dibawa ke kabinet untuk diputuskan dan jika ia melibatkan kos pelaksanaan, maka perancangan kewangan akan dibuat sebelum ia diumumkan oleh kerajaan,” katanya.

Makmal itu berlangsung selama lapan minggu bermula hari ini hingga 14 April. – BERNAMA

Kategori