Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Yakin Ahli PAS Permatang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ahli PAS Permatang Pauh lebih...

Tiada Paras Selamat Alkohol...

Menurut beliau, mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak berkemampuan untuk mengendalikan kenderaan.

Piano Mahal Dijumpai Di...

SEBUAH piano berharga ratusan ribu ringgit dijumpai tersadai dalam longgokkan sampah di tempat...

Sabah Bentang Belanjawan Lebihan...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.79 bilion bagi Belanjawan Negeri Sabah...

Kerajaan P. Pinang Digesa Kaji Semula Lokasi Stesen LRT

GEORGE TOWN – Penduduk Pulau Pinang mahu kerajaan negeri mengkaji semula cadangan projek stesen transit aliran ringan (LRT) di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) agar ia boleh berkekalan bagi tempoh jangka panjang.

Naib Pengerusi cawangan Persekutuan Pekilang-Pekiliang Malaysia Pulau Pinang, Hun Keng Kuan, berkata walaupun persekutuan itu menyokong PTMP, perubahan perlu dibuat, terutamanya berkaitan dengan lokasi stesen.

“Stesen LRT perlu terletak kawasan strategik berpenduduk padat dan kawasan awam bagi menarik pengguna.

“Kami berharap pihak berkuasa negeri boleh membuat perubahan yang perlu bagi cadangan stesen LRT, agar ia mudah diakses oleh pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melihat dokumen berkaitan dengan PTMP di sini, hari ini.

Hun berkata lebih banyak parkir kereta perlu dibina di stesen LRT, kerana ia akan memudahkan pengguna.

PTMP yang bernilai RM46 bilion merupakan projek pengangkutan mega Pulau Pinang merangkumi lebuh raya dan rangkaian kereta api, serta pembangunan tiga pulau buatan manusia di selatan negeri ini.


Sementara itu, Pengerusi cawangan Persekutuan Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang, Datuk Khor Siang Gin, berharap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan bekerjasama dalam membangunkan PTMP bagi manfaat rakyat.

Beliau berkata Pulau Pinang memerlukan PTMP kerana ia akan membantu meningkatkan prasarana sosio-ekonomi negeri, membawa masuk lebih ramai pelabur yang akan menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat.

“Saya percaya meskipun kos yang kita tanggung untuk PTMP, yang termasuk penambakan laut dan pengambilan tanah, projek itu akan memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya yang tinggal di negeri ini untuk tempoh jangka masa panjang,” katanya.

PTMP akan dibangunkan oleh rakan kongsi penyediaan projek, SRS Consortium Sdn Bhd, usaha sama antara Gamuda Bhd, Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd. – BERNAMA

Kategori