Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Sangka Dapat Perhatian...

PENYANYI utama kumpulan nasyid Hijjaz, Munif Ahmad memberitahu mereka berasa terkejut apabila persembahan...

Burgerbyte Kekal Harga Walaupun...

RANGKAIAN francais burger tempatan, Burgerbyte Sdn Bhd (Burgerbyte) tidak akan menaikkan harga makanannya walaupun selepas...

Peserta Marathon Kuching 2018...

KUCHING - Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung...

Apabila Papan Iklan Menjadi...

HEBATNYA apabila papan iklan di sepanjang jalan yang kita lihat bukan berperanan sebagai...

Kilang Ais Alami Kebocoran Gas Ammonia

GEORGE TOWN – Sebuah kilang membuat ais di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini mengalami kebocoran gas ammonia hari ini.

Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) Pulau Pinang Syed Nasir Syed Khalid berkata kejadian yang dilapor pada pukul 10.33 pagi itu menyebabkan kilang berkenaan diarah menghentikan operasi buat sementara waktu.

Ketika jentera Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) tiba di lokasi kejadian, semua pekerja telah keluar dari kilang itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata anggota Hazmat menjalankan kerja-kerja pengudaraan di kawasan kilang itu dan mengarahkan pihak kilang menghentikan operasi sehingga kerja-kerja pembaikan pada mesin berkenaan selesai. – BERNAMA

Kategori