Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Comelnya! Baby Girl Iras...

TARIKH 19 Mac pastinya menjadi tanggal paling manis buat penyanyi kesayangan negara, Datuk...

Wanita Usia 120 Tahun...

SEORANG wanita di Rusia mendakwa dirinya dalah individu tertua di dunia dengan berusia...

PH Berusaha Kotakan Manifesto...

KUALA PILAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Tun...

Pakej Tuisyen Rahmah Online...

JOHOR BAHRU : Kerajaan meluaskan inisiatif di bawah payung Rahmah dengan pelaksanaan pakej...

Sabah Puas Hati Prestasi & Sumbangan RELA

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri amat menghargai dan berpuas hati dengan prestasi serta sumbangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata walaupun pembabitan RELA hanya sebagai membantu agensi penguat kuasa utama, komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan pasukan itu membuktikan mereka sentiasa komited menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Saya yakin kerjasama, peranan dan sumbangan tersebut boleh dimantapkan dan ditingkatkan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri.

Musa berkata beliau percaya dengan jumlah keanggotaan yang besar, RELA Sabah dapat membantu melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

“RELA juga boleh membantu menggerakkan komitmen rakyat ke arah pembangunan, membantu kerajaan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan muhibah serta menggerakkan anggotanya dengan lebih efektif dan menyeluruh bagi memantau setiap perkembangan yang berlaku khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.


Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menyokong dan membantu RELA dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.

Musa turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Zahid kerana memilih Sabah sebagai tuan rumah sambutan peringkat kebangsaan RELA pada tahun ini.

“Ini merupakan penghormatan yang besar kepada kami di Sabah untuk bersama-sama dalam merayakan majlis yang bersejarah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori