Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pihak Bantah JITN Tidak...

KUALA LUMPUR — Pihak yang membantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara...

Belajar Agama Menerusi Media...

ALOR SETAR - Pembelajaran agama daripada sumber tidak sahih melalui media sosial antara...

Kerajaan Negeri Persembahkan ‘Jam...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mempersembahkan 'Jam Bunga' kepada Yang di-Pertuan...

“Seriously IKEA JB Ke...

GEDUNG IKEA Tebrau yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk Johor akhirnya telah dibuka...

KKM Beri Khidmat Kaunseling Anggota SAR Bot Karam

KOTA KINABALU – Unit Psikologi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberi bantuan khidmat kaunseling kepada anggota yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah.

Ketua Pegawai Psikologi KKM Hairol Kamal berkata seramai 11 orang pakar kaunseling terlibat dalam usaha itu dan khidmat kaunseling itu akan diberikan secara berperingkat.

“Khidmat Kaunseling ini bertujuan untuk membantu anggota yang mengalami tekanan semasa terlibat dalam SAR berkenaan. Biasa ada tekanan emosi yang dialami oleh anggota petugas semasa menjalankan operasi.

“Sekiranya ada anggota SAR yang didapati mengalami masalah tekanan emosi selepas saringan yang dibuat…dia akan dirujuk ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kerjasama yang diberikan KKM itu merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk membantu memberi motovasi dan mempercepatkan lagi SAR berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata SAR terhadap lima lagi mangsa tragedi bot karam yang masih hilang diteruskan hari ini memasuki hari ke-11 dengan menumpukan keluasan kawasan 1,375 batu nautika persegi di perairan Kota Kinabalu.


“SAR hari ini melibatkan 300 anggota dengan 12 aset masing-masing 10 kapal dan bot serta dua pesawat. Operasi pencarian masih melibatkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahkan mayat wanita yang ditemukan tersangkut dipukat nelayan perairan antara Pulau Tiga dan Mengalum, Sabtu lepas, adalah seorang daripada mangsa bot karam berkenaan.

Mayat mangsa yang juga pelancong dari China itu dikenali sebagai Jianyi Yang, 38, dan pengesahan itu menjadikan setakat ini 26 mangsa dijumpai termasuk empat yang maut.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum. – BERNAMA

Kategori