Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Sebab Kenapa Anda...

HARI Kopi Antarabangsa sebenarnya disambut pada 29 September setiap tahun.Banyak kebaikan minuman berkafein...

Mudah Siasat Tun, Saya...

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menafikan beliau sukar disiasat...

Perlu Perlindungan Keselamatan Penguat...

KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan...

Omicron: Harga Minyak Turun...

SINGAPURA : Harga minyak merosot kira-kira dua peratus pada Isnin berikutan peningkatan kes...

Kongsi Pengalaman 3 Negara Tangani Jenayah Seksual

PUTRAJAYA – Malaysia akan mendengar dan berkongsi pengalaman dengan United Kingdom, Australia dan India dalam usaha membanteras jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak pada seminar yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Mac ini.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung seminar berkenaan berkata, penganjuran ‘Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!!’ itu ialah untuk membantu kerajaan membawa perubahan legislatif sebelum Rang Undang-Undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak dibentang, dibincang dan diluluskan di Parlimen.

“Saya memandang serius terhadap jenayah yang berlaku ke atas kanak-kanak dan remaja. Kes yang menggugat keselamatan dan hak kanak-kanak seperti penderaan seksual berlaku di mana-mana,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran dan sidang media seminar itu di Seri Perdana di sini hari ini.

Tambah Rosmah, isu keselamatan kanak-kanak yang juga sebahagian daripada aset utama negara memerlukan keprihatinan semua lapisan masyarakat bagi memastikan mereka sentiasa selamat dan dapat menikmati alam kanak-kanak dengan sejahtera.

Beliau berkata statistik Polis Diraja Malaysia sehingga Oktober 2016 menyatakan 12,025 kes jenayah melibatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun telah dilaporkan dan ia menunjukkan peningkatan saban tahun.

Oleh itu, beliau berharap seminar yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bulan depan akan dapat menggalakkan penglibatan bersama semua pihak yang berkepentingan dalam menangani dan menghentikan isu-isu jenayah seksual kanak-kanak.

Jelas Rosmah antara topik yang akan dibincangkan dalam seminar berkenaan ialah memahami jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia dan berdasarkan perspektif antarabangsa.

Empat pakar jenayah seksual luar negara yang akan berceramah ialah John Donald Findlater dari Lucy Faithful Foundation & Stop It Now, England; Carol Ronken dan Hetty Jonhston dari Bravehearts, Australia dan Vidya Reddy dari Centre for the Prevention & Healing of Child Sexual Abuse, India.


Seminar berkenaan akan melibatkan 11 penceramah tempatan dari pelbagai kepakaran dan latar belakang serta 2,000 peserta terdiri daripada anak-anak pelbagai peringkat umur, pelajar sekolah, ibu bapa, penggubal dasar dan pihak penguasa keselamatan.

Beliau berkata topik lain yang akan dibincangkan pada seminar itu ialah mendalami minda dan corak tingkah laku penjenayah dan impak ke atas mangsa di Malaysia serta peranan dan tanggungjawab komuniti dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak.

Rosmah berkata seminar berkenaan turut mendapat sokongan selebriti dan artis tempatan seperti pelawak Harith Iskander, pelakon Lisa Surihani dan Fahrin Ahmad serta pengacara Daphne Iking.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media itu, Rosmah berkata antara usaha mengekang kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual ialah peranan ibu bapa yang perlu ambil tahu mengenai kehidupan sosial anak masing-masing dan dengan siapa mereka berkomunikasi melalui telefon pintar.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang turut hadir pada sidang media berkenaan berkata, Rang Undang-Undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak dijangka dibincangkan pada sesi Parlimen bulan depan. – BERNAMA

Kategori